SyifaNiaga-Shop

Menawarkan pelbagai jenis produk untuk anda sekeluarga.. 

BLOG

view:  full / summary

KERASUKAN PELAJAR UIA

Posted on September 8, 2013 at 4:00 AM Comments comments (0)

Semalam saya dihubungi oleh seorang pelajar dari UIA. 2 orang rakannya dirasuk ketika sedang berlatih teater. Saya diminta untuk ke sana bagi membantu pesakit yang dirasuk. Saya bersama seorang lagi rakan tiba lebih kurang pukul 5.15 petang. 2 orang pelajar ini sedang berada di surau sambil dipantau oleh seorang rakan yang lain sementara kami tiba.


Kami memulakan rawatan dengan membaca ayat-ayat ruqyah. Salah seorang pelajar mula menunjukkan reaksi yang agak ganas sehingga memerlukan bantuan 5 orang untuk memegangnya. Inilah masalahnya bila lelaki dewasa yang terkena rasukan..memang penat! Kami membiarkan dahulu seorang lagi pelajar memandangkan keadaannya agak "cool" walaupun ada sedikit reaksi getaran pada kakinya.


Walaupun agak ganas, alhamdulillah dengan izin Allah dalam masa 15 minit pesakit ini kembali normal seperti biasa setelah mahkluk yang berada di dalam badannya berjaya dikeluarkan. Kami teruskan dengan pesakit yang kedua. Rupa-rupanya dalam "cool" tadi, tersembunyi makhluk yang lebih ganas dari tadi. Kelihatan agak liat untuk mengalah pada kami serta menuruti arahan untuk keluar. Setelah cara baik tidak berkesan, kami terpaksa menggunakan kaedah lain untuk memaksa jin tersebut untuk keluar. Akhirnya, setelah ditekan oleh 2 orang perawat sekaligus, makhluk ini tadi keluar juga. Pesakit termuntah hampir penuh satu beg plastik. 


Setelah sedar saya menyuruh pelajar tersebut untuk mengambil wuduk serta menerangkan apa yang patut dilakukan untuk langkah berjaga-jaga selepas rawatan. Kami pulang lebih kurang pukul 6.30 petang..


Tunggu cerita seterusnya nanti..






REZEKI...MILIK ALLAH

Posted on September 8, 2013 at 3:25 AM Comments comments (0)

 Assalamualaikum..salam perkenalan dari SyifaNiaga untuk semua yang sudi melawat laman ini. Alhamdulillah, dengan izin Allah saya berjaya menyiapkan satu laman untuk tatapan anda sekalian. Di sini saya menyediakan pelbagai produk untuk pilihan anda sekeluarga. Saya juga mengikhtiarkan rawatan Islam serta alternatif menggunakan kaedah Metafizik untuk pelbagai jenis penyakit serta memberi peluang kepada mana-mana individu untuk mempelajari kaedah Metafizik ini sama ada dengan berhadapan ataupun melalui jarak jauh. 

Sebagai coretan pertama saya, suka saya untuk berkongsi tentang Ayat Seribu Dinar yang mempunyai pelbagai kelebihan.

‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan ‎amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai ‎yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan ‎rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.


Hikmah Ayat 1000 Dinar :

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎

‎1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎

‎2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎

‎3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎

‎4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎

‎5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.


Selamat beramal..!!



Rss_feed